Pesawat dihiasi gambar Hello Kitty

Unik,
itu sahaja yang dapat kita katakan bila melihat badan sebuah pesawat
penumpang milik syarikat penerbangan Eva Airlines di Taiwan dihiasi
dengan gambar watak kartun Hello Kitty.
Syarikat
penerbangan tersebut bekerjasama dengan firma komik popular Jepun iaitu
Sanrio yang memiliki jenama Hello Kitty untuk mempamerkan gambar kartun
tersebut di bahagian badan kapal terbang. Selain gambar Helo Kitty di
badan pesawat, pelapik tempat duduk, atas meja malah baju pramugari juga
dihiasi dengan gambar Hello Kitty.